KUALA LUMPUR, 1 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk merombak Kabinet bagi melantik Menteri dan Timbalan Menteri.
Perdana Menteri di dalam kenyataannya memberitahu, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah juga memperkenankan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Baginda diadakan pada Jumaat, 4 Jun 2010, jam 3.30 petang di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Menurutnya, dengan pelantikan-pelantikan tersebut juga, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan untuk menamatkan pelantikan Y.B. Dato’ Sri Ong Tee Keat, Menteri Pengangkutan dan Y.B. Datuk Wee Jeck Seng, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Mereka yang terlibat adalah seperti berikut.
1. Y.B. Dato’ Seri Kong Cho Ha sebagai Menteri Pengangkutan
2. Y.B. Dato’ Wira Chor Chee Heung sebagai Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan
3. Y.B. Datuk Hajah Rohani binti Abdul Karim sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
4. Y.B. Tuan Jelaing anak Mersat sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan
5. Y.B. Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri
6. Y.B. Senator Puan Heng Seai Kie sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
7. Y.B. Senator Dato’ Palanivel a/l K. Govindasamy sebagai Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
8. Y.B. Datuk Richard Riot anak Jaem (MP Serian) sebagai Timbalan Menteri Luar Negeri
9. Y.B. Tuan Chua Tee Yong (MP Labis ) sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
10. Y.B. Senator Dato’ Donald Lim Siang Chai sebagai Timbalan Menteri Kewangan
11. Y.B. Senator Datuk Maglin Dennis D’Cruz sebagai Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
12. Y.B. Senator Tuan Gan Ping Shou @ Gan Ping Sieu sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.