Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Puteri UMNO Bahagian Seputeh, Wilayah Persekutuan ...
Seleksi Foto - Header
Laman Web Rasmi Puteri Seputeh
menu_puteriseputeh
  • Laman Utama
  • Rakaniaga Puteri
  • Mengenai Kami
  • Perihal Seputeh
  •  Berita & Aktiviti
  • Arkib
  • Foto Sana Sini
leftbar Menu PuteriSeputeh.com
  GALERI FOTO
 
 
  UNDIAN [POLL]
 
  JARINGAN BLOG & WEB
 
 
  CHAT ONLINE
 
Free chat widget @ ShoutMix

PuteriSeputeh.com-mutiara
Pos online pada 2010-04-14 12:03:24   Kembali ke BERITA
Pemilihan calon hanya diputuskan Pengerusi BN

HULU SELANGOR 13 April – Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyangkal dakwaan bahawa beliau mencalonkan Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC, K. R. Parthiban untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Noh berkata, soal pemilihan calon hanya akan diputuskan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau berperanan untuk menyusun jentera parti bagi memenangi kerusi Parlimen tersebut.

“Siapalah saya hendak calonkan orang. Saya ingin menyatakan di sini bahawa saya tidak kacau soal calon, saya pun tidak tahu siapa calon yang dipilih. Soal itu serah kepada pucuk pimpinan parti. Saya tidak kacau kerja orang lain.

“Pucuk pimpinan yang diketuai Pengerusi BN akan tentukan calon yang layak, kerja saya adalah menyusun jentera parti bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Peladang Kawasan Hulu Selangor di Kuala Kubu Bharu di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang, Tan Sri Abu Zahar Ujang dan Pengerusi Pertubuhan Peladang kawasan Hulu Selangor, Datuk Mohamed Idris Abu Bakar.

Beliau diminta mengulas dakwaan sebuah akhbar semalam yang mendakwa beliau mencalonkan nama Parthiban untuk bertanding pada pilihan raya kecil yang akan diadakan pada 25 April ini.

Mengulas lanjut, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani meminta supaya semua pihak berhenti membuat ramalan.

Menurutnya, semua pihak harus menerima dan menyokong sepenuhnya sesiapa sahaja calon yang telah dipilih oleh pucuk pimpinan parti.

“Pilihan raya ini penting bagi mengubah landskap politik di Selangor kerana ia penentu kesinambungan BN dan penerimaan rakyat terhadap BN dan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Parthiban ketika dihubungi berkata, beliau tidak tahu apa-apa mengenai laporan surat khabar itu.

Puteri Seputeh 2009