Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Puteri UMNO Bahagian Seputeh, Wilayah Persekutuan ...
Seleksi Foto - Header
Laman Web Rasmi Puteri Seputeh
menu_puteriseputeh
  • Laman Utama
  • Rakaniaga Puteri
  • Mengenai Kami
  • Perihal Seputeh
  •  Berita & Aktiviti
  • Arkib
  • Foto Sana Sini
leftbar Menu PuteriSeputeh.com
  GALERI FOTO
 
 
  UNDIAN [POLL]
 
  JARINGAN BLOG & WEB
 
 
  CHAT ONLINE
 
Free chat widget @ ShoutMix

PuteriSeputeh.com-mutiara
Pos online pada 2010-01-20 10:38:16   Kembali ke BERITA
Boikot kedai naikkan harga makanan: Ismail Sabri

BUTTERWORTH - Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa pengguna memboikot kedai yang menaikkan harga barang.

Menurutnya, pengguna perlu bijak memilih, jika didapati segelintir peniaga menaikkan harga berikutan kenaikan harga gula, mereka boleh memboikot kedai berkenaan.

:“Pengguna mempunyai alternatif untuk membeli barangan di kedai-kedai yang menjual dengan harga berpatutan,” katanya selepas merasmikan program kesedaran kepenggunaan, di Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, semalam.

:Ismail Sabri berkata, harga makanan dan minuman secara keseluruhan masih terkawal, tetapi pengguna perlu sentiasa memainkan peranan memaklumkan kepada KPDNKK, jika terdapat kenaikan tersebut.

:Dalam perkembangan sama, beliau berkata, kenaikan harga gula sebanyak 20 sen daripada RM1.45 sekilogram kepada RM1.65 sekilogram bermula 1 Januari lalu perlu dilihat secara positif oleh rakyat.

:Katanya, pengguna perlu mengurangkan pengambilan gula dalam diet harian kerana masyarakat sudah sedar kesan terhadap kesihatan yang bakal dihadapi sekiranya pengambilan gula tidak dikawal.

:“Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Persatuan Diabetes Malaysia, seramai 1.2 juta rakyat menghidap penyakit kencing manis,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Kempen Kurangkan Pengambilan Gula dan Pelancaran Kobera Peringkat Negeri Kedah, di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya, dekat Sik, semalam.

:Beliau berkata, statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan pula menyatakan bahawa untuk sehari hanya tujuh sudu gula sahaja diperlukan dalam makanan dan minuman.

:“Jadi, kenaikan harga gula ini bukanlah satu bebanan tetapi untuk kebaikan kesihatan dan masa depan rakyat Malaysia,” katanya.

Puteri Seputeh 2009