Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Puteri UMNO Bahagian Seputeh, Wilayah Persekutuan ...
Seleksi Foto - Header
Laman Web Rasmi Puteri Seputeh
menu_puteriseputeh
  • Laman Utama
  • Rakaniaga Puteri
  • Mengenai Kami
  • Perihal Seputeh
  •  Berita & Aktiviti
  • Arkib
  • Foto Sana Sini
leftbar Menu PuteriSeputeh.com
  GALERI FOTO
 
 
  UNDIAN [POLL]
 
  JARINGAN BLOG & WEB
 
 
  CHAT ONLINE
 
Free chat widget @ ShoutMix

PuteriSeputeh.com-mutiara
Pos online pada 2010-01-05 14:36:21   Kembali ke BERITA
Kalimah Allah: Menteri Dalam Negeri fail permohonan

KUALA LUMPUR 5 Jan. - Menteri Dalam Negeri hari ini telah secara rasmi mengemukakan permohonan bagi menangguhkan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi di sini berhubung keputusan Hakim Datuk Lau Bee Lan yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mingguan.

Permohonan tersebut difailkan oleh Peguam Kanan Persekutuan, Andi Razalijaya A. Dadi di kaunter pejabat pendaftaran Rayuan Kuasa-Kuasa Khas pada pukul 12 tengah hari tadi.

Tarikh untuk mendengar permohonan tersebut akan ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Nik Isfahanie Abd. Rahman pada pukul 2.30 petang ini.

Andi ketika ditanya mengenai permohonan tersebut menyatakan bahawa ia difailkan bersama sijil perakuan segera bagi mempercepatkan tarikh perbicaraan kerana kalimah Allah membabitkan isu sensitiviti agama dan mengancam keselamatan negara.

Pada 31 Disember, mahkamah membenarkan Gereja Katolik menggunakan perkataan Allah dalam penerbitan mingguannya, Herald-The Catholic Weekly setelah berpendapat bahawa setiap individu mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan perkataan Allah. - Utusan

Puteri Seputeh 2009