Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Puteri UMNO Bahagian Seputeh, Wilayah Persekutuan ...
Seleksi Foto - Header
Laman Web Rasmi Puteri Seputeh
menu_puteriseputeh
  • Laman Utama
  • Rakaniaga Puteri
  • Mengenai Kami
  • Perihal Seputeh
  •  Berita & Aktiviti
  • Arkib
  • Foto Sana Sini
leftbar Menu PuteriSeputeh.com
  GALERI FOTO
 
 
  UNDIAN [POLL]
 
  JARINGAN BLOG & WEB
 
 
  CHAT ONLINE
 
Free chat widget @ ShoutMix

PuteriSeputeh.com-mutiara
Pos online pada 2009-12-24 14:49:22   Kembali ke BERITA
500 ahli PKR keluar parti

NOH bersalaman dengan Azmi (kiri) pada majlis perasmian Gagasan 1 Malaysia dan Pembubaran PKR DUN Ijok, semalam.

Bekas pemimpin pembangkang DUN Ijok turut sertai BN

KUALA SELANGOR: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menerima tamparan hebat apabila kira-kira 500 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, kawasan yang dimenanginya pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu keluar parti itu dan menyertai Barisan Nasional (BN), semalam.

Perisytiharan keluar PKR itu diketuai bekas Pengerusi Penyelaras PKR DUN Ijok, Azmi Muhamad di hadapan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ketua Umno Bahagian Kuala Selangor, Datuk Amiruddin Setro dalam satu majlis ringkas di Ijok. Sebagai simbolik, Azmi dan beberapa bekas pemimpin PKR di DUN itu mencampakkan bendera dan baju tertera huruf `PKR’ ke dalam bakul sampah, sekali gus menyaksikan PKR DUN Ijok dibubarkan.

Azmi berkata, mereka membuat keputusan itu sempena semangat Maal Hijrah atas rasa penuh insaf untuk kembali ke pangkal jalan dan menentukan kemenangan mutlak BN pada PRU akan datang dan selepas menyedari tertipu dengan janji manis pemimpin PKR yang mengutamakan kepentingan peribadi.

"Saya masih ingat ucapan pertama Abdul Khalid selepas menang PRU dulu ialah untuk menjadikan Ijok maju seperti Klang tetapi selepas dua tahun memerintah, tiada apa pun perubahan. Kita sudah bagi masa yang cukup untuk kerajaan negeri mengubah Ijok tetapi ia tidak berlaku.

“Pengundi DUN Ijok perlu sedar perkara ini. Kita perlu tentukan pada pilihan raya akan datang BN kembali berkuasa di Ijok," katanya sambil turut mempersoalkan tindakan Abdul Khalid melantik pemimpin dari luar daerah itu menjadi wakilnya di Ijok.

Katanya, selepas memenangi pilihan raya tahun lalu, Menteri Besar juga berjanji akan turun melawat DUN berkenaan seminggu sekali, tetapi ia juga tidak ditunaikan.

Sambil menyuarakan rasa kagum dengan sikap Noh yang melayan ahli PKR dengan baik walaupun tidak mengenali mereka, Azmi mengajak lebih ramai ahli PKR keluar parti itu untuk menyertai BN.

Sementara itu, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, berkata beliau masih mengingati Azmi kerana bekas pemimpin akar umbi PKR itu menahan kenderaan membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika melawat kawasan mengundi pada pilihan raya kecil Ijok.

Katanya, beliau gembira kerana Azmi dan ramai yang mengundi PKR pada pilihan raya umum lalu kini sudah kembali menyertai BN.

"Saya bagi pihak BN Selangor berterima kasih kepada Azmi dan rakannya. DUN Ijok kubu BN tetapi pada PRU lalu, nampaknya pengundi terpengaruh dengan janji manis PKR," katanya.

Puteri Seputeh 2009