Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Puteri UMNO Bahagian Seputeh, Wilayah Persekutuan ...
Seleksi Foto - Header
Laman Web Rasmi Puteri Seputeh
menu_puteriseputeh
  • Laman Utama
  • Rakaniaga Puteri
  • Mengenai Kami
  • Perihal Seputeh
  •  Berita & Aktiviti
  • Arkib
  • Foto Sana Sini
leftbar Menu PuteriSeputeh.com
  GALERI FOTO
 
 
  UNDIAN [POLL]
 
  JARINGAN BLOG & WEB
 
 
  CHAT ONLINE
 
Free chat widget @ ShoutMix

PuteriSeputeh.com-mutiara
Pos online pada 2009-12-24 14:46:02   Kembali ke BERITA
Mufti Besar Kazakhstan puji gagasan 1Malaysia

Wong Foon Meng (kanan) menerima buku biografi Kazakhstan daripada Absattar Derbisali di bangunan Parlimen, semalam.


KUALA LUMPUR 23 Dis. – Mufti Besar Kazakhstan, Absattar Derbisali berpendapat gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan pendekatan baik untuk membangunkan Malaysia yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama.

Pendapat Absattar berhubung idea Perdana Menteri itu disampaikan kepada Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Ir. Wong Foon Meng ketika menerima kunjungan hormat Mufti Besar Kazakhstan itu yang dalam rangka lawatan selama empat hari ke Malaysia.

Foon Meng memberitahu, Absattar juga kagum dengan gagasan itu dan berharap akan dapat meneliti dan mengkajinya secara terperinci untuk diaplikasikan di Kazakhstan.

“Pada pertemuan itu juga kami membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan hubungan kaum di kedua-dua negara kerana komposisi kaum di Kazakhstan sama dengan Malaysia.

“Absattar berharap kedua-dua negara boleh bertukar pendapat dan mempelajari antara satu sama lain supaya dapat meningkatkan perhubungan serta perpaduan antara penduduk pelbagai kaum di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Absattar di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Foon Meng memberitahu, pertemuan selama setengah jam itu membincangkan mengenai perhubungan kaum kedua-dua buah negara yang mempunyai penduduk berbeza latar belakang, bangsa, agama dan kebudayaan.

Semasa di Malaysia, Absattar juga menghadiri simposium yang dianjurkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Puteri Seputeh 2009