Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Puteri UMNO Bahagian Seputeh, Wilayah Persekutuan ...
Seleksi Foto - Header
Laman Web Rasmi Puteri Seputeh
menu_puteriseputeh
  • Laman Utama
  • Rakaniaga Puteri
  • Mengenai Kami
  • Perihal Seputeh
  •  Berita & Aktiviti
  • Arkib
  • Foto Sana Sini
leftbar Menu PuteriSeputeh.com
  GALERI FOTO
 
 
  UNDIAN [POLL]
 
  JARINGAN BLOG & WEB
 
 
  CHAT ONLINE
 
Free chat widget @ ShoutMix

PuteriSeputeh.com-mutiara
Pos online pada 2009-10-28 14:15:45   Kembali ke BERITA
Kerajaan Perpaduan : PAS tutup buku

KUALA LUMPUR 27 Okt. - Isu kerajaan perpaduan mahupun cadangan bekerjasama dengan UMNO tidak lagi wujud dalam kamus Pas, kata presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Itu sudah tutup buku. Kerajaan perpaduan sudah tak ada lagi. Perdana Menteri dulupun sudah berhenti," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangannya sebelum ini untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama UMNO yang mendapat sokongan beberapa pemimpin tertinggi parti pembangkang itu.

Cadangan itu bagaimanapun ditolak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sehingga Menteri Besar Kelantan itu baru-baru ini mencadangkan supaya diadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk 'membersihkan' parti daripada pemimpin prokerajaan perpaduan itu.

Ditanya sama ada Pas masih berminat meneruskan kerjasama membentuk kerajaan perpaduan itu pada masa depan, Abdul Hadi menjawab:

"Masa depan kita tak tahu lagi, itu dalam ilmu Tuhan."

Menurut Presiden Pas itu, cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan tersebut dikemukakan ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

"Pemimpin sekarang ini kita tak tahu macam mana sikap dia dan keadaan pun sudah berubah," katanya.

Menurutnya, Barisan Nasional (BN) sendiri sedang sibuk menguruskan 'rumah tangga sendiri' dan ini tidak memberi peluang kepada Pas atau UMNO untuk memikirkan mengenai sebarang kerjasama.

"MCA belum selesai, MIC belum selesai. Jadi macam mana hendak bekerjasama kalau rumah tangga dia sendiripun kelam-kabut," katanya.

Sumber: Utusan Online

Puteri Seputeh 2009