Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Puteri UMNO Bahagian Seputeh, Wilayah Persekutuan ...
Seleksi Foto - Header
Laman Web Rasmi Puteri Seputeh
menu_puteriseputeh
  • Laman Utama
  • Rakaniaga Puteri
  • Mengenai Kami
  • Perihal Seputeh
  •  Berita & Aktiviti
  • Arkib
  • Foto Sana Sini
leftbar Menu PuteriSeputeh.com
  GALERI FOTO
 
 
  UNDIAN [POLL]
 
  JARINGAN BLOG & WEB
 
 
  CHAT ONLINE
 
Free chat widget @ ShoutMix

PuteriSeputeh.com-mutiara
Pos online pada 2009-06-12 20:32:31   Kembali ke BERITA
Veteran UMNO bidas Nik Aziz

SHAH ALAM – Majlis Veteran UMNO Negeri Kelantan membidas sikap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dianggap seolah-olah menolak usaha membawa kebaikan kepada rakyat dan negara apabila menolak cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.

Pengerusinya, Datuk Mohd Rozali Ishak berkata, beliau merasa pelik dengan sikap Menteri Besar Kelantan apabila menganggap cadangan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai mengarut.

Beliau berkata, jika satu ketika dahulu Pas pernah bekerjasama dengan Semangat 46 tetapi kenapa sekarang tidak boleh bekerjasama dengan UMNO.

"Kalau sekarang Pas boleh duduk dengan DAP dan kenapa pula tidak boleh duduk dengan UMNO. Dalam soal ini, timbul kemusykilan dan saya hairan (sikap Nik Abdul Aziz) sedangkan dalam Islam sendiri menggalakkan perpaduan antara satu sama lain,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, meskipun cadangan Abdul Hadi dibantah pemimpin komponen Pakatan Rakyat (PR), Mohd Rozali yakin ramai pihak termasuk ahli Pas yang menyokong idea tersebut.

“Saya yakin jika Pas dan UMNO berjaya merealisasikan kerajaan perpaduan, mereka mampu membentuk sebuah kerajaan pusat yang kuat.

“Pemimpin Pas terdiri golongan ulama manakala UMNO kalangan pemimpin dari aliran sekular. Gabungan itu membentuk banyak kebaikan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencadangkan muzakarah UMNO dan Pas dimulakan semula memandangkan proses pemilihan pucuk pimpinan pusat kedua-dua parti tersebut telahpun selesai.

Katanya, UMNO dan Pas perlulah mengetepikan sebarang persoalan dan pergolakan politik dan seterusnya mengambil pendekatan ‘husnul dzon’ (bersangka baik) bagi mencari titik permuafakatan.

“UMNO dan Pas haruslah mengelak polemik syak wasangka atau pencarian kepada siapa yang lebih atau kurang Islam atau Melayunya,” katanya.

Puteri Seputeh 2009