Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Puteri UMNO Bahagian Seputeh, Wilayah Persekutuan ...
Seleksi Foto - Header
Laman Web Rasmi Puteri Seputeh
menu_puteriseputeh
  • Laman Utama
  • Rakaniaga Puteri
  • Mengenai Kami
  • Perihal Seputeh
  •  Berita & Aktiviti
  • Arkib
  • Foto Sana Sini
leftbar Menu PuteriSeputeh.com
  GALERI FOTO
 
 
  UNDIAN [POLL]
 
  JARINGAN BLOG & WEB
 
 
  CHAT ONLINE
 
Free chat widget @ ShoutMix

PuteriSeputeh.com-mutiara
Pos online pada 2009-06-12 20:28:49   Kembali ke BERITA
Pembangkang perlu ada sebagai ‘cermin’ kepada kerajaan

SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pembangkang perlu ada bagi memainkan peranannya sebagai ‘cermin’ kepada kerajaan.

“Kalau nak buat negara satu parti ni, kurang sihat la, kita kena ada pembangkang, jika tidak kita tidak ada cermin nak tengok muka kita, cantik ke tidak,” katanya dalam sidang media di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada penutupan Muktamar Pas ke-55 di sini Ahad lepas, bagi penubuhan kerajaan perpaduan.

Dr Mahathir berkata idea kerajaan perpaduan yang dimaksudkan Abdul Hadi juga tidak jelas, sama ada ia dilakukan di antara Pas dan UMNO atau Barisan Nasional (BN) dengan pakatan pembangkang.

“Dulu masa kita tubuhkan BN, kita jemput semua orang (parti) untuk menyertai dan yang tolak hanya DAP. Pas pun masuk jugak BN tapi kita terpaksa berpisah dengan Pas sebab dia guna kuasa dia dalam kerajaan untuk perkukuhkan parti dia bukan BN,” katanya.

Ditanya bukankah perpaduan itu akan memberikan keuntungan kepada negara, Dr Mahathir berkata: "Ia baik jika kedua-dua pihak ikhlas melakukannya demi negara.

“Tapi ahli politik ni kadangkala susah jugak nak ikhlas, saya ahli politik jugak tau,” katanya.

Terdahulu, Dr Mahathir merasmikan kilang perintis Green Base Utama Sdn Bhd di Seksyen 28 di sini, yang mampu menukar barang buangan plastik kepada biofuel.

Pengerusi Green Base Utama, Tan Sri Abdul Halil Abdul Mutalib berkata kilang itu mampu mengeluarkan 5,000 liter biofuel sehari.

Katanya, biofuel keluaran syarikat itu dijual pada harga lebih rendah iaitu RM1.40 dan RM1.50 seliter berbanding harga bahan api yang di pasaran sekarang.- BERNAMA

Puteri Seputeh 2009