Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Puteri UMNO Bahagian Seputeh, Wilayah Persekutuan ...
Seleksi Foto - Header
Laman Web Rasmi Puteri Seputeh
menu_puteriseputeh
  • Laman Utama
  • Rakaniaga Puteri
  • Mengenai Kami
  • Perihal Seputeh
  •  Berita & Aktiviti
  • Arkib
  • Foto Sana Sini
leftbar Menu PuteriSeputeh.com
  GALERI FOTO
 
 
  UNDIAN [POLL]
 
  JARINGAN BLOG & WEB
 
 
  CHAT ONLINE
 
Free chat widget @ ShoutMix

PuteriSeputeh.com-mutiara
Pos online pada 2009-04-20 11:40:13   Kembali ke BERITA
BN perlu 'lawan' di Penanti

DR. Mahathir Mohamad dikerumuni pelatih PLKN sambil ditemani Shahirudin Moin selepas menyampaikan ucaptama Arah Tuju Melayu Muda anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Raub, Pahang, semalam.


RAUB 19 April - Jangan mengaku kalah!

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan, Barisan Nasional (BN) perlu meletakkan calonnya bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti yang mungkin diadakan ekoran peletakan jawatan wakil rakyatnya, Mohammad Fairus Khairuddin.

Menurutnya, adalah tidak wajar keputusan untuk bertanding atau sebaliknya dibuat berdasarkan pada populariti parti berkenaan di sesuatu kawasan.

"Saya fikir kalau kawasan itu kawasan UMNO, kita tentu bertanding, ini kita ingat kawasan parti lawan, kita tak nak bertanding.

"Jadi kalau kita nak tunggu kawasan UMNO, nanti tidak ada kawasan UMNO, kita tak bertandinglah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama 'Arah Tuju Melayu Muda' anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Raub di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kekosongan kerusi DUN Penanti selepas bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan Khamis lepas.

Sebelum itu dalam ucaptamanya, Dr. Mahathir berkata, BN tidak pernah takut untuk meletakkan calon di mana-mana kawasan termasuk kubu kuat Pas di Kelantan.

Katanya, UMNO perlu bertanding, jika tidak ia akan mengecewakan ahli dan penyokong BN di kawasan tersebut selain mencemar semangat dan maruah pejuang parti terdahulu.

"Apabila kita tidak bertanding, ini akan menunjukkan kemerosotan UMNO di mana-mana kawasan yang ada pilihan raya," katanya.

Puteri Seputeh 2009