Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Puteri UMNO Bahagian Seputeh, Wilayah Persekutuan ...
Seleksi Foto - Header
Laman Web Rasmi Puteri Seputeh
menu_puteriseputeh
  • Laman Utama
  • Rakaniaga Puteri
  • Mengenai Kami
  • Perihal Seputeh
  •  Berita & Aktiviti
  • Arkib
  • Foto Sana Sini
leftbar Menu PuteriSeputeh.com
  GALERI FOTO
 
 
  UNDIAN [POLL]
 
  JARINGAN BLOG & WEB
 
 
  CHAT ONLINE
 
Free chat widget @ ShoutMix

PuteriSeputeh.com-mutiara
Pos online pada 2009-04-17 11:00:18   Kembali ke BERITA
Pegawai Kementerian Wilayah Persekutuan Digesa Turun Padang

PUTRAJAYA, 14 April (Bernama) -- Menteri Wilayah Persekutuan yang baru Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menggesa pegawai kementerian itu sentiasa mendekatkan diri dengan rakyat agar permasalahan mereka dapat diketahui.

Beliau berkata, seiring dengan pendekatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri, mereka harus mengurangkan protokol dan sentiasa turun padang untuk bersama rakyat.

"Cara pentadbiran saya amat mudah, saya tidak pentingkan protokol tetapi saya amat tegas...yang penting kami perlu mendekati rakyat," katanya kepada pemberita selepas menerima nota serah tugas daripada bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Zulhasnan Rafique, di sini hari ini.

Raja Nong Chik berkata antara tumpuan pentadbiran beliau nanti adalah daripada segi peluang perniagaan dan pekerjaan memandangkan kos kehidupan di kota adalah tinggi, selain isu pengangkutan dan setinggan.

Katanya beliau juga akan mendapatkan pandangan Perdana Menteri dalam menentukan garis panduan kementerian bagi memastikan ia sesuai dengan konsep Satu Malaysia dan Mesra Rakyat yang diilhamkan Najib.

"Saya juga akan berbincang dengan pegawai-pegawai dan rakan-rakan komponen kementerian bagaimana untuk menghasilkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dalam masa sebulan dan itu akan dijadikan landasan," katanya.

Mengakui tugasnya di kementerian itu agak sukar kerana kebanyakan kawasan di Kuala Lumpur diwakili pembangkang, Raja Nong Chik berkata kerjasama antara kedua-duanya penting bagi memastikan rakyat mendapat manfaat yang sepatutnya.

Beliau juga berharap pihak pembangkang tidak akan hanya 'mengkritik kosong', sebaliknya turut bekerjasama menjalankan kerja-kerja pembangunan.

-- BERNAMA

Puteri Seputeh 2009