Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Puteri UMNO Bahagian Seputeh, Wilayah Persekutuan ...
Seleksi Foto - Header
Laman Web Rasmi Puteri Seputeh
menu_puteriseputeh
  • Laman Utama
  • Rakaniaga Puteri
  • Mengenai Kami
  • Perihal Seputeh
  •  Berita & Aktiviti
  • Arkib
  • Foto Sana Sini
leftbar Menu PuteriSeputeh.com
  GALERI FOTO
 
 
  UNDIAN [POLL]
 
  JARINGAN BLOG & WEB
 
 
  CHAT ONLINE
 
Free chat widget @ ShoutMix

PuteriSeputeh.com-mutiara
Pos online pada 2009-04-10 12:43:42   Kembali ke BERITA
Bukan bermakna rakyat tolak kepimpinan baru

SUNGAI PETANI 7 April - Kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau hari ini bukan isyarat bahawa rakyat menolak kepimpinan baru negara yang kini diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, banyak faktor tempatan dan nasional yang menyumbang terhadap kekalahan tersebut dan ia bukan kerana faktor Perdana Menteri baru itu.

''Beliau baru sahaja berada di puncak kepimpinan dan jemaah menteri yang baru juga belum lagi dilantik," katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan BN di sini malam ini.

Beliau mengulas keputusan pilihan raya kecil tersebut yang menyaksikan BN gagal dalam cubaannya untuk merampas kembali kerusi berkenaan daripada pakatan pembangkang.

Pilihan raya kecil itu diadakan ekoran peletakan jawatan V. Arumugam daripada PKR pada Februari lalu.

Hishammuddin berkata, pilihan raya itu diadakan ketika BN belum diberi masa secukupnya bagi membuktikan keupayaan kepimpinan yang baru dan juga hala tuju parti tersebut selepas berlaku peralihan kuasa dan pertukaran pemimpinnya baru-baru ini.

''Beri masa kepada kami dan kita akan membuktikan bahawa politik BN bukan sementara, sensasi dan berkisar pada isu tertentu sahaja tetapi perjuangan BN adalah konsisten dan mengambil kira aspirasi rakyat," katanya.

Beliau menegaskan, pilihan raya kecil itu memberi pengajaran berguna kepada BN dalam mengharungi masa depan terutamanya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Katanya, BN menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan parti itu akan bermuhasabah serta mengkaji faktor-faktor yang membawa kekalahan.

Puteri Seputeh 2009