Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Puteri UMNO Bahagian Seputeh, Wilayah Persekutuan ...
Seleksi Foto - Header
Laman Web Rasmi Puteri Seputeh
menu_puteriseputeh
  • Laman Utama
  • Rakaniaga Puteri
  • Mengenai Kami
  • Perihal Seputeh
  •  Berita & Aktiviti
  • Arkib
  • Foto Sana Sini
leftbar Menu PuteriSeputeh.com
  GALERI FOTO
 
 
  UNDIAN [POLL]
 
  JARINGAN BLOG & WEB
 
 
  CHAT ONLINE
 
Free chat widget @ ShoutMix

PuteriSeputeh.com-mutiara
Pos online pada 2009-02-03 12:52:33   Kembali ke ARTIKEL
Prejudis Di Dalam Politik

Dr Novandri Hasan Basri

Prejudis atau prasangka ialah tohmahan yang bukan-bukan, tidak beralasan dan yang tidak kena pada tempatnya. Prejudis juga ialah satu dosa kerana ia mampu meleraikan perhubungan silaturrahim di antara dua orang yang bersaudara dan juga kerana agamanya.

Penulis mengungkap maksud prejudis di dalam artikel ini kerana sedar bahawa sikap prejudis dan prasangka kerap menyelubungi mindset mereka yang aktif di dalam arena politik.

Dan mindset negatif ini berlaku di mana-mana sahaja parti politik dan di dalam perlumbaan untuk mendapatkan kuasa politik, tohmahan adalah satu political warfare yang 'wajib' digunakan untuk menjatuhkan pihak yang lain.

Penulis acap kali membaca artikel-artikel atau komentar-komentar yang tidak enak untuk dibaca kerana prejudis dan tohmahan keterlaluan terhadap seseorang individu atau kumpulan.

Penggunaan bahasanya juga seolah-olah individu tersebut adalah makhluk yang paling mulia di dalam dunia tanpa menyedari bahawa individu itu sebenarnya telah melakukan satu perkara yang ditegah oleh agamanya sendiri.

Firman Allah swt,

"Wahai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain.
 
Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaa mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertkwalah kamu kepada Allah swt, sesungguhnya Allah swt penerima taubat lagi maha mengasihini." (Surah al-Hujuraat 49:12)
 
Menurut buku Dinamika Ilmu Akhlak Islamiah (1997), Prasangka biasanya tercetus ekoran daripada dua keadaan :-

1. Rasa kebanggan diri yang mengganggap diri atau bangsanya lebih utama, lebih mulia dan mengatasi yang lain.

2. Natijahnya mungkin mencetuskan tindakan yang diluar batas keperikemanusian seperti memperli, menghina, mengejek dan memperolok-olokkan orang lain sama ada yang beragama atau berlainan agama.

Mungkin kadang kala kita terbabas daripada landasan yang sebenarnya dengan emosi berlebihan. Kita bukannya perfect tetapi kita patut menghindarkannya. Yang penting ialah kita sentiasa sedar dengan tanggungjawab kita dan cepat memperbaiki kesilapan kita dengan ikhlas.


Penulis juga mungkin pernah melakukan kesilapan di dalam artikel-artikel di dalam blog ini dan juga percakapan penulis. Penulis meminta maaf kepada anda sekalian.

Realitinya, perjalanan kita masih jauh dan adalah lebih baik jika kita semua mulakannya dengan baik dan betul. Kita, generasi muda yang berpelajaran perlu lebih pintar untuk membaca wajah politik di negara ini dan tidak sesekali terperangkap menggunakan kaedah politik yang negatif serta dilarang oleh agama.

Sumber http://novandri.blogspot.com

Puteri Seputeh 2009