Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Saya menulis kerana Allah. Demi Allah Yang Maha Besar. Mari kita berdoa dan mengadakan solat hajat memohon ALLAH turunkan bala dan laknat kepada kafir harbi regim Zionis Israel dan sekutunya.
Kecam sekuat mana terhadap Israel laknatullah. Ibarat mencurah air di daun keladi. Tidak akan mendatangkan apa-apa kesan kepada Israel.
Inilah realitinya dunia Islam sekarang. Akibat bersengketa sesama sendiri. Biarkan diri menjadi boneka regim Zionis Yahudi kafir harbi laknatullah. Akhirnya kita hanya mampu berdemostrasi, serah memo, kutuk dan kecam.
Umat Islam di bumi Palestin tetap mati setiap hari. Yang boleh mendatangkan kesan kepada Israel ialah sekatan ekonomi dan tindakan ketenteraan terhadap kapal-kapal perang, pesawat udara bangsa paling bangsat di dunia ini.
Inilah yang dicadangkan oleh Malaysia. Tapi seperti biasa Amerika akan gunakan kuasa veto!.
Apalagi pilihan yang ada.
Bolehkah seluruh kekuatan tentera dunia Islam digabung memerangi kafir harbi laknatullah Israel. Jika impian ini berlaku, ia akan memberi impak kepada mereka.
Bagaimanapun, itu bukan realiti. Apa yang dapat dilakukan hanya berdoa dan bersolat hajat. Doa seikhlas mungkin memohon ALLAH S.W.T menimpakan bala tsunami atau gempa bumi terhadap bumi Israel.
Saudara seagama kita di Gaza dikepung sudah hampir tiga tahun. ‘Flotila Pembebasan’ menuju ke Gaza dalam misi untuk menarik perhatian dunia mengenai kepungan rejim zalim Zionis ke atas wilayah Palestin itu selepas pergerakan Hamas mengambil alih kuasa di sana.
Kumpulan kapal itu mula menuju Gaza dari perairan antarabangsa Cyprus dengan harapan dapat memasuki perairan Gaza pada waktu siang,
Enam jam selepas bertolak, tiga bot peluru berpandu Israel meninggalkan bandar Haifa untuk memintas flotila itu.
Amat menjelikkan bila mereka naik ke atas kapal dan menyerang orang awam.
Flotila tiga kapal kargo dan tiga kapal penumpang itu mengangkut 10,000 tan bahan bantuan dan 700 aktivis yang dilarang oleh rejim Zionis seperti simen dan bahan-bahan pembinaan lain.
Ini adalah kali kesembilan pergerakan Bebaskan Gaza cuba membawa masuk bantuan kemanusiaan ke Gaza sejak Ogos 2008.
Setakat ini laporan tidak rasmi memberitahu, 19 terkorban dan 30 lagi cedera apabila regim Zionis komando tentera laut Israel laknatullah melancarkan operasi kejam, menyerang flotila yang membawa beratus-ratus aktivis pro-Palestin dalam misi bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza.
Seperti biasa Komando Israel laknatullah menembak aktivis yang tidak mempunyai senjata.. Untuk cuci tangan diberi alasan mereka menghadapi tentangan tidak disangka-sangka ketika menaiki kapal tersebut!
Sehingga berita ini ditulis, nasib wartawan Malaysia dari saluran Astro Awani, Ashwad Ismail dan Shamsul Kamal Latip masih belum diketahui, namun enam lagi rakyat Malaysia lain berada dalam keadaan selamat.
Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengutuk serangan itu dan menyifatkannya sebagai ‘pembunuhan besar-besaran’ sementara Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa menyifatkan ia sebagai ‘jenayah’ ke atas misi kemanusiaan.
Moussa juga meminta mesyuarat tergempar diadakan bagi membincangkan tindakan yang perlu diambil oleh badan yang dianggotai 22 negara Arab itu terhadap ‘tindakan pengganas’ Israel ke atas flotila bantuan antarabangsa itu.
Usul sekatan antarabangsa terhadap Rejim Tel Aviv kerana tindakan kejam tenteranya itu seperti yang dicadangkan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak perlu disokong. Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu segera bertindak.
Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim dan tidak perikemanusiaan yang telah dilakukan oleh rejim Tel Aviv terhadap misi bantuan ke Gaza.
Rejim Israel tidak menghormati undang-undang antarabangsa kerana mengambil tindakan ketenteraan ke atas konvoi misi bantuan kemanusiaan yang berada di perairan antarabangsa.
“Atas nama kerajaan Malaysia dan seluruh rakyat Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim tersebut yang jelas menunjukkan kerakusan rejim Israel yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa.
“Konvoi misi kemanusiaan itu berada di perairan antarabangsa dan sebarang tindakan ketenteraan adalah tidak dibenarkan. Oleh itu, seluruh dunia perlu mengutuk dan mengecam kerajaan Israel dengan sekeras-kerasnya,” kata Najib.
ALLAHHUAKBAR!
ALLAHHUAKBAR!
ALLAHHUAKBAR!
Sumber: sdrkz.blogspot.com






















