Pemimpin yang setia adalah pemimpin yang prihatin terhadap permasalahan orang-orang di bawah pimpinannya. Dia sentiasa mendengar keluhan atau aduan rakyatnya dan berusaha mencari jalan bagi mengeluarkan rakyatnya daripada kesusahan. Kejayaan memberi kesenangan kepada rakyat akan dibayar dengan rasa nikmat kepuasan oleh Allah atas usaha baiknya kepimpinannya itu.
Pemimpin yang setia akan menjaga hak asasi setiap rakyat iaitu dari segi keperluanan makan-minum, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran. Adalah satu yang memalukan apabila pemimpin itu hanya mementingkan dirinya tinggal di tempat-tempat mewah sedangkan rakyatnya merempat di bawah jambatan.
Namun jika pemimpin itu sudah menyediakan peluang pendidikan dan pekerjaan, sebaliknya rakyatnya sendiri yang pemalas nak berubah nasib, maka tidak menjadi kesalahan kepada pemimpin tersebut di atas kemalasan orang lain Allah tidak mengubah nasib seseorang manusia, melainkan manusia itulah yang kena mengubahnya sendiri.
Rakyat yang setia pula adalah rakyat yang berusaha mencapai matlamat yang dicetuskan oleh pemimpin mereka. Umpamanya bila pemimpin mendapat ilham ke arah 1Malaysia, maka setiap rakyat kena berusaha memikirkan macam mana cara mereka nak capai matlamat tersebut guna kreativiti masing-masing. Jangan jadi paku yang kena diketuk, barulah nak bergerak.
Rakyat yang setia tidak akan memburuk-burukkan pemimpinnya di luar negeri. Bayangkanlah kalau dia menjadi pemimpin, tidak mustahil dia pula akan diburuk-buruk di luar negeri. Setiap perbuatan buruk yang manusia itu lakukan terhadap orang lain, pasti Allah akan balas biarpun sebesar atom.
Jika rakyat merasa tidak berpuas hati kepada pemimpinnya, suarakan pada saluran yang betul atas dasar untuk memperbaiki keadaan, bukannya dengan mengutuk-keji dari belakang untuk mengajak perpecahan dan perebutan kuasa.