Melakukan pembuangan anak yang baru dilahirkan apatah lagi jika sampai menyebabkan kematian adalah perbuatan yang zalim dan terkutuk dan ia termasuk dalam dosa besar yang mengakibatkan pelakunya akan mendapat seksa yang pedih di akhirat kelak.Antara penyebab lain lagi perbuatan membuang anak ini berlaku adalah disebabkan perbuatan sumbang mahram. Isu sumbang mahram semakin meningkat di kalangan umat Islam di seluruh dunia. Gejala tersebut juga tidak terkecuali di negara kita. Sumbang mahram adalah perhubungan jenis secara haram di antara mereka yang mempunyai pertalian darah dan tidak sah nikah (mahram), contohnya antara ayah dengan anak, abang dengan adik dan datuk dengan cucu.Anak adalah anugerah dan amanah daripada Allah Subhanahu Wata'ala dan dipertanggungjawabkan untuk dipelihara, dijaga dan disayangi, bukan untuk diabaikan kerana merekalah generasi yang akan menyambung keturunan dan merekalah juga yang akan menjadi khalifah di muka bumi ini selepas kita yang akan meneruskan perjuangan, menyebarluaskan risalah Islam kepada generasi yang akan datang. Kalau kita teliti, perbuatan membuang anak damit ini adalah berpunca dari gejala sosial iaitu pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah. Adapun cara untuk mengatasi semua ini ialah dengan kembali kepada ajaran agama Islam. Jika seseorang itu berpegang teguh kepada ajaran agama Islam, insya-Allah, semua gejala ini akan dapat diatasi. Peranan ibu bapa amat besar dalam memberikan didikan agama kepada anak-anak. Ibu bapa juga mestilah mengawasi dan memata-matai semua perkara yang dilakukan oleh anak-anak mereka termasuklah pergaulan mereka agar tidak terjerumus dengan gejala sosial.Setiap individu dan masyarakat hendaklah sama-sama membanteras perbuatan zina, sumbang mahram, membuang atau membunuh anak damit demi untuk mencapai keharmonian dan kesejahteraan hidup kita dan agar terhindar dari bala bencana.
Punca;
- Ibubapa anak2 remaja - kenapa dibiarkan anak2 yg bujang bergaul bebas dengan kawan2 terutama boyfren & girlfren? Dibiarkan kawan2 anak2 masuk kebilik anak, dibiarkan berdua2an dirumah semasa rumah kosong, dibiarkn keluar hingga larut malam dn sebagainya.. Biasanya ibubapa percaya pada anak2 tetapi mereka lupa bahawa IBLIS SUKA MENYESATKAN. maka terjadilah seks bebas dan terjadilah hamil luar nikah.
Perlu difikirkan Jua;
Adakah anak2 yg berzina semuanya anak dara? Apa terjadi jika yg berzina dan hamil adalah isteri orang? Apa terjadi jika pasangan seks perempuan itu ramai? Apa terjadi jika anak terjangkit penyakit seks yang merbahaya? Apa jalan penyelesaiannya?
Penyelesaian;
- Biasanya ibubapa yang menyedari anak mereka hamil akan mengambil jalan paling mudah untuk menyelesaikan masalah dan menutup malu iaitu Dimarahi, Dikahwinkan dan Dibiarkan menjalani kehidupan kahwin selepas itu tanpa pantauan lanjut. Berjayakh perkahwinan itu nanti?
Perlu difikirkan jua;
- Apa jadi jika lelaki tidak mahu bertanggungjawap? Apa terjadi jika pasangan remaja itu tiada kewangan? Bagaimana pandangan mertua masing2 pada pasangan kahwin emergency ini? bagaimana pandangan masyarakat pada mereka? bagaimana mereka meneruskan kehidupan tanpa pendidikan tinggi dan kerja yang stabil? bagaimana hal anak2 mereka nanti siapa yang mendidik? Terdidikkah anak2 mereka dengan baik?
Penyelesaian;
- bagi yang berkahwin maka berjalanlah kehidupan suami isteri dibawah tanggungan ibubapa, sekolah terpaksa berhendti, saudara mara terpaksa menutup malu dan mereka akan mengasingkan diri. Ibubapa terpaksa membelanjai anak menantu dan cucu baru. Biasanya kesedihan dan kekesalan akan berlaku sekejap saja, kerana sejurus menerima cucu, mereka akan berubah menjadi nenek penyayang. Tetapi status anak akan tetap melekat sampai kemati iaitu anak "stateless". Itukah yang dimahukan untuk anak mereka?
Perlu difikirkan Jua;
- Bagaimana keadaan dan pergaulan anak2 dengan ibubapa nanti? Jika anak perempuan bagaimana auratnya dengan ayahnya dan enenk lelakinya? Jika anak lelaki oklah sedikit sebab tidak begitu ketara.
- Bagaimana keadaan jika anak yg hamil luar nikah takut untuk memberitahu ibubapa? bagaimana jika tiada lelaki mahu bertanggungjawap? Bagaimana jika ibubapa cetek iman dan mahu kandungan anak digugurkan saja kerana malu? maka terjadilah penguguran anak atau pembuangan anak. Bertambahlah lagi satu dosa besar kepada mereka.
Penyelesaian;
- Lahirkan saja anak itu, didiklah ia dengan sempurna, ksaih sayang dan jadikan anaknya beriman supaya kejadian itu tidak berulang. ddidklah ibu2 itu tadi menjadi ibu yang baik dan muslimah sejati. jangan biarkan kesalahan mereka berlarutan sehinga menjejaskan rumahtangganya dan anak-anaknya serta keturunan. Mudah2an mereka menjadi insan yg beriman dan bertaubat serta menyesali kejadian ini.