Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Puteri UMNO Bahagian Seputeh, Wilayah Persekutuan ...
Seleksi Foto - Header
Laman Web Rasmi Puteri Seputeh
menu_puteriseputeh
  • Laman Utama
  • Rakaniaga Puteri
  • Mengenai Kami
  • Perihal Seputeh
  •  Berita & Aktiviti
  • Arkib
  • Foto Sana Sini
leftbar Menu PuteriSeputeh.com
  GALERI FOTO
 
 
  UNDIAN [POLL]
 
  JARINGAN BLOG & WEB
 
 
  CHAT ONLINE
 
Free chat widget @ ShoutMix

PuteriSeputeh.com-mutiara
Pos online pada 2009-10-23 13:52:33   Kembali ke ARTIKEL
Rakyat masih sayang & sokong UMNO & BN

Masih belum terlambat untuk Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seputeh mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YB Tan Sri Mohd Isa bin Abdul Samad yang telah berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang.

Alhamdulillah kemenangan sekali lagi telah berpihak kepada Barisan Nasional. Tahniah buat Barisan Nasional dan UMNO.

“Sesungguhnya Qurnia Itu Di Tangan ALLAH, ALLAH Memberikan Qurnia-Nya Kepada Sesiapa Yang Dikehendaki-Nya dan ALLAH Maha Luas (Qurnia-Nya) Lagi Maha Mengetahui”, Surah Al-Imran Ayat 73.

BN mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di Negeri Sembilan setelah calonnya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mengalahkan calon Pas, Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti 5,435 undi dalam satu pilihan raya kecil hari ini.

Mohd. Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi.

Keputusan Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang dengan jelas membuktikan bahawa rakyat masih menerima Barisan Nasional.

Kejayaan Besar BN di Bagan Pinang adalah disebabkan oleh 5 faktor berikut :


1. Rakyat menerima semula BN & kepimpinan PM & TPM dengan gagasan 1 Malaysia, Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

2. Tan Sri Isa Samad adalah calon yang dikenali, mesra rakyat, banyak jasa ,anak tempatan yang menjadi hero di kampung sendiri, Bagan Pinang

3. Kerja kuat, teratur semua jentera UMNO & BN dengan pimpinan TPM / MB / TS Isa / jentera tempatan / jentera angkat / jentera sayap dan lain-lain.

4. Gelagat buruk gerombolan pembangkang bermula pada hari penamaan calun hingga jam 5 petang tadi tidak diterima oleh sesiapa pun.

5. Pasukan tentera / undi pos yang berterima kasih atas segala kebajikan & menafaat yang diperolehi dalam Angkatan Tentera Malaysia termasuk pengumuman bandar Port Dickson menjadi Bandar Tentera oleh Perdana Menteri.

Rakyat Malaysia menerima kemenangan dengan rasa syukur, tanpa sombong dan bongkak & dengan tawaduk akan meneruskan khidmat untuk rakyat.

(Kenyataan Rasmi YBD Ahmad b. Maslan - Ketua Penerangan UMNO Malaysia)

TERIMA KASIH DAN TAHNIAH BUAT SEMUA JENTERA PRK DUN BAGAN PINANG YANG TELAH BERTUNGKUS LUMUS DEMI KEJAYAAN BARISAN NASIONAL.

 

Puteri Seputeh 2009