
Gambar dari Agenda Daily
Sudah sekian lama kita mendengar
al-kisah dari ahli parlimen Penanti yang
menyanjung drinya sebagai penyelamat umat Malaysia,
yang memilih dirinya sendiri sebagai penyatu bangsa Malaysia
yang mendabik dada sebagai politikus bersih,
berwibawa dan lagi suci dari kebatilan.
Tetapi sekarang
arus pendapat masyarakat umum
sudah mula berubah kadar,
anjakan sokongan yang begitu mengiyakan Anwar Ibrahim
yang begitu mengujakan pakatan pembangkan
sudah mula kehilangan daya dan kenikmatan.
Masyarakat sudah mula
duduk memikirkan
apakah benar segala yang terpacul
dari mulut seorang yang begitu amarah
untuk menjaja dirinya
sebagai perutusan dari masa depan yang lebih madani
adakah benar sesuci salju
atau kerak dakinya sama
macam kau dan aku
Entah lebih hitam dari kelabu
Sedang setiap satu jari yang menuduh
tidak boleh tidak
tiga pulang mencari tuan
membawa hadiah onak
menanti meragut perut sendiri
tetapi bertahun sudah kita tonton
Anwar mengelak duri yang
sememangnya mencari kulit nipis beliau
tapi jangan lupakan sang tupai sebagai teladan.
Kini satu sudah kembali.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, y
ang menjadi pusat kontroversi
kononnya sokongan berbelah bagi
Negeri di Bawah Bayu
selepas pilihanraya umum ke-12 tempoh hari
sudah mengajak jelata
mengintai dibalik tabir politik suci Penanti.
Katanya
Anwar cuba menidakkan proses demokrasi
Anwar cuba menyogoknya kerusi empuk kuasa
Pejabat kedua negara dijadikan rasuah
memancing wakil yang bertanding atas tiket Dacing.
Anwar cuba merobohkan niat rakyat
yang mahu menegakkan Kerajaan Barisan Nasional Pusat
Anwar bijak menggunakan pelbagai helah dan muslihat
sehingga sekian ramai penembak curi maya d
ari barutan pembangkang
yang keluar dari segala pelipat
untuk mereka-cipta cerca dan fitnah
terhadap Barisan Nasional ketika itu.
Kononnya BN sudah kehilangan
sokongan dari Sabah, buktinya,
kata mereka, wakil dari Sabah
enggan menerima pelawaan menjadi timbalan menteri.
Sebegitu halus jarum fitan yang menyulam rekaan dicelah realiti
Anifah, yang jelas berpendirian teguh
menyatakan beliau tidak mahu
menjadi timbalan menteri demi
memberi ruang kepada orang baru
menimba ilmu dan pengalaman sebagai timbalan menteri.
Anifah sudah menjadi timbalan menteri hampir dua penggal pada ketika itu.
Dengan terbukanya kisah sogokan jawatan
dan rasuah Anwar yang tak menjadi ini,
maka terbukalah satu lagi pekung di dada sang suci.
Dituduh BN menyogok wakil PR, tetapi jelas
semua yang meninggalkan PR bagi menyatakan
kepercayaan kepada BN
tidak diberi sebarang jawatan dan
mereka juga tidak mengerutkan dahi
merungut atau merempan
kerana kelaku mereka diatas dasar ikhlas
memperjuangkan nasib rakyat dan
membela mereka dari kepalsuan Anwar dan Pakatan Pembangkang.
Kini seorang menteri persekutuan telah tampil untuk
menyatakan kisah di sebalik tabir politik Anwar.
Belum lagi kita dengar kisah mereka
yang dituruti oleh ejen Anwar ke Taiwan.
Apa juta atau puluh juta atau kamar kuasa mana di Putrajaya pula
yang ditawarkan oleh Anwar kepada mereka
untuk menghampakan niat rakyat dalam piluhanraya umum ke 12.
Anwar bercatur Anifah akan gugup
dengan laungan ugutan tindakan undang undang.
Jelas sekali Anifah tidak gentar dan menyahut cabaran itu
sekarang terpulanglah kepada ketua pembangkang
untuk mencacaikan seorang peguam
memulakan prosiding.
Elok kita berikan masa kepada penyokong Anwar untuk menyatakan pendapat mereka atas tindakan ketua ulung Parti yang bercorong suara sendiri sebagai penegak Keadilan.
Saya menjangka beberapa respon dari mereka
1. Semuanya dibolehkan dalam perang malah, memujuk untuk melompat parti adalah taktik suci dan luhur dan segala usaha memujuk adalah perjuangan yang bermandikan lautan pahala. Syaratnya cuma satu, jika dilakukan oleh BN maka sudah tentu jijik.
2. Anifah Aman pembohong tersohor, mana mungkin saudara Anwar berpeleseran dengan niat yang begitu kotor seperti menumbangkan kerajaan persekutuan, tetapi sekiranya benar maka niat tersebut bertukar menjadi elok kerana menumbangkan kerajaan BN, tanap mengira niat rakyat adalah elok. Niat rakyat hanya menjadi tonggak penyokong tindakan PR dan bukan suaha BN.
3. Media Massa bersekongkol untuk menyiarkan cerita yang memburukkan Anwar tanpa bukti. Kita lupakan seketika bahawa media Harakah, Roket dan Suara Keadilan yang sebenarnya bebas diedar seperti akhbar nasional serta laskar laskar maya dan para peminat saudara Anwar hampir semuanya menyiarkan tudhan tanpa bukti ataupun menggunakan bukti longlai.
4. Hanya dengan perkataan Rakyat dalam dalam nama parti mereka, maka dengan itu sudah tentu semua rakyat berganding bahu memacu ideologi mereka. Dengan itu sudah tentu kelibat niat mereka adalah gerak hati rakyat. Sekiranya perjalanan di laluan logik palsu ini disertakan dengan loncatan pemikiran yang luarbiasa maka si Anwar sudah tentu mahukan kita percaya segala tindakan BN adalah tunas kebencian rakyat.
Begitulah hitam dan putih seperti yang di dalangkan oleh Anwar dan pengikut beliau yang begitu mahir dalam bergebang di alam maya.