Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi Puteri UMNO Bahagian Seputeh, Wilayah Persekutuan ...
Seleksi Foto - Header
Laman Web Rasmi Puteri Seputeh
menu_puteriseputeh
  • Laman Utama
  • Rakaniaga Puteri
  • Mengenai Kami
  • Perihal Seputeh
  •  Berita & Aktiviti
  • Arkib
  • Foto Sana Sini
leftbar Menu PuteriSeputeh.com
  GALERI FOTO
 
 
  UNDIAN [POLL]
 
  JARINGAN BLOG & WEB
 
 
  CHAT ONLINE
 
Free chat widget @ ShoutMix

PuteriSeputeh.com-mutiara
MENGENAI KAMI :
Kata-kata Aluan
KATA- KATA ALUAN KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO BAHAGIAN SEPUTEH

Salam…

Azliza-Ketua Puteri SeputehSelamat Datang ke Laman Web Rasmi Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seputeh.Kami terpanggil untuk mengambil Inisiatif membangunkan Laman Web ini atas kesedaran dan keprihatinan tentang peri pentingnya penggunaan alam siber pada masa ini untuk memudahkan komunikasi di kalangan ahli-ahli Puteri UMNO di Bahagian ini.

Lumrah hidup Warga Kota Metropolitan Bandaraya Kuala Lumpur yang sentiasa bergegas mengejar waktu amat memerlukan satu pemudahcara yang praktikal untuk ahli-ahli mendapatkan informasi terkini mengenai perkembangan yang berlaku di peringkat Cawangan,Bahagian mahupun di peringkat Nasional.

Tahun ini masuk tahun ke-7 kelahiran Pergerakan Puteri UMNO di persada politik.Walaupun angkanya masih lagi kecil namun penguasaan dan keterbukaan di dalam bidang ini semakin menampakan kematangan. Politik adalah satu bidang yang penuh dengan kedinamikan dan sentiasa terdedah dengan perubahan dan peredaran semasa.Oleh kerana itu, ahli Pergerakan Puteri khususnya di Bahagian ini diharap sentiasa bersedia menghadapi segala perubahan-perubahan yang mendatang serta mengadaptasikannya mengikut keadaan semasa.

Perjuangan politik ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO harus merangkumi semua aspek kehidupan terutama dari segi penguasaan ilmu tidak kira samada Ilmu Pendidikan, Keusahawanan, Agama mahupun Sosial. Kerana tanpa penguasaan Ilmu yang meluas kita akan sentiasa ketinggalan dan ditindas. Ahli Puteri haruslah sama-sama bergerak mengikut arus perdana dan merebut peluang- peluang yang disediakan untuk memajukan diri sendiri tanpa melupakan asas kepada Perjuangan UMNO yang sebenar. Semangat, jati diri, kecekalan hati dan kerja keras disusuli keredhaan Allah SWT sahaja yang dapat merealisasikan segala impian.

Ahli Pergerakan Puteri UMNO haruslah sentiasa mempunyai keinginan untuk memajukan diri sendiri kepada yang lebih baik dari sebelumnya. Mencipta Personaliti Unggul seperti saranan Presiden Parti kita, YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi memerlukan pengorbanan dan disiplin diri  yang cukup tinggi. Satu cabaran yang besar dan seharusnya disambut dengan penuh tekad oleh semua ahli. Allah SWT telah berjanji bahawa tidak ada siapa yang dapat merubah nasib dirinya kecuali dirinya sendiri. Maka ahli Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seputeh harus berani untuk mencabar diri sendiri untuk kemajuan diri seterusnya sama- sama memajukan rakan- rakan yang lain.

Melalui laman Web Rasmi Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Seputeh ini juga,saya berharap ahli-ahli dapat memanafaatkan sepenuhnya kemudahan yang disediakan. Saya terpanggil untuk memperuntukkan satu segmen khas “Rakan Niaga Puteri” yang dikhususkan kepada ahli-ahli yang berminat untuk meluaskan lagi jaringan perniagaan masing-masing untuk mempromosikan Syarikat dan produk serta khidmat yang diberikan.

Sebelum berundur diri saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Negara kita yang ke-51.Bersamalah kita mendoakan kemakmuran dan kejayaan Negara Malaysia yang kita cintai ini.

Sekian. Salam hormat.

AZLIZA AHMAD
Ketua Pergerakan Puteri
UMNO Bahagian Seputeh.

Puteri Seputeh 2009